Tuesday, December 3, 2019

JENIS-JENIS BEDAK ASAS


Bedak asas (foundation) digunakan untuk sekatakan warna kulit. Namun, foundation terdiri daripada pelbagai jenis yang sesuai dengan jenis kulit kita. Dalam hal ini, kita akan menitik beratkan soal jenis kulit normal, berminyak, kering serta kombinasi. Bagi kulit jenis sensitif, anda hanya perlu memastikan formula yang terdapat dalam foundation tersebut sesuai dengan kulit muka anda. Di sini, terdapat 5 jenis foundation di pasaran.

Liquid foundation

Liquid foundation amat sesuai dengan semua jenis kulit muka iaitu, normal, kering, berminyak dan kombinasi. Malah, foundation jenis ini amat mudah di dapati di pasaran di mana ia disediakan dalam bentuk pump kebanyakannya. Dengan menggunakan foundation jenis ini, kita boleh menghasilkan 3 jenis hasil foundation iaitu dewy, matte dan satin.
  




 

  • Dewy finish kelihatan seperti kulit kita memiliki kelembahan yang banyak tapi tidak kelihatan berminyak.
  • Matte finish pula menghasilkan kulit yang jenis kering tapi masih memiliki kelembapan.
  • Satin finish bagaikan kain satin, iaitu licin serta berseri. Ianya bagaikan kulit muka yang sihat, natural serta tidak kering atau berminyak. Ianya di perantaraan.



Cream foundation

Foundation jenis ini pula amat sesuai bagi kulit muka jenis kering atau normal. Hal ini kerana teksturnya yang tebal, memberikan impak yang bagus kepada kulit jenis kering di mana ia membantu menambahkan kelembapan kulit yang menjadikan kulit tampak lebih segar dan bermaya. Selalunya, foundation jenis ini memiliki coverage yang tinggi. Foundation jenis ini selalunya terletak di dalam jar, compact atau pump.

Stick foundation

Stick foundation amat sesuai diguna pakai oleh seseorang yang memiliki kulit jenis berminyak. Hal ini kerana, tekstur stick tersebut akan mencair ke dalam kulit yang disebabkan oleh minyak muka dan menghasilkan kulit muka yang cantik. Sekiranya dipakai oleh seseorang yang memiliki kulit muka jenis kering, ianya akan menghasilkan garisan halus di muka serta kelihatan patchy. Cara menggunakan produk ini adalah dengan memberikan sedikit suhu yang suam ke atas product bagi memudahkan aplikasi di muka serta menjadikannya kelihatan smooth. Malah, bedak asas jenis ini 'sweat and heat resistant'.


Powder foundation

Powder foundation merupakan sahabat baik bagi kulit muka jenis berminyak kerana ia membantu menyerap minyak di muka. Bagi kulit muka jenis lain, anda jug boleh memakainya, tapi berbeza kuantiti serta cari formula yang sesuai dengan kulit muka. Jika tidak, ia akan menghasilkan garisan-garisan halus di muka. Terdapat 2 jenis powder foundation.


(a)
(b)

Bagi jenis (a), ia merupakan bedak asas jenis tabur dan (b) ialah jenis pressed-powder.
Bagi jenis (a), selalunya ia digunakan bagi mengesetkan foundation jenis liquid. Bagi jenis (b), selalunya di bawa ke mana-mana untuk touch-up.

Mousse foundation


Foundation jenis ini pula amat sesuai bagi amat sesuai bagi kulit jenis berminyak kerana ianya lebih ringan. Teksturnya yang bagaikan krim putar menghasilkan kulit yang sihat tapi kurang berminyak.

No comments:

Post a Comment