Hamper merupakan sebuah hadiah
yang diwakili oleh beberapa barang (selalunya makanan) yang dibalut menggunakan
plastik lut sinar. Hadiah jenis ni selalunya untuk cabutan bertuah dan untuk
aktiviti yang melibatkan ramai orang. Korang boleh buat sendiri sebab lagi
murah jika dibandingkan dengan yang dah siap yang boleh didapatkan di kedai. Ada
banyak jenis hamper sebenarnya.
(a) |
(b) |
(c) |
Bahan Dan Alatan Asas Yang Diperlukan :
Jenis (a)
- Bakul atau tin biskut (untuk dasar yang stabil)
- Tin susu atau botol air (untuk tiang yang kukuhkan hamper)
- Wrapper plastik yang clear atau corak (2 gulung)
- Ribbon
- Seletip (biasa dan double tape)
- Gunting
Jenis (b)
- Bakul atau kotak (untuk dasar yang stabil)
- Wrapper kain (berapa meter diperlukan bergantung pada berapa besar hamper dimahukan)
- Filler kertas
- Ribbon
- Seletip (biasa dan double tape)
- Gunting
Jenis (c)
- Bakul atau kotak (untuk dasar yang stabil)
- Filler kertas
- Ribbon
- Seletip (biasa dan double tape)
- Gunting
Hadiah Yang Diperlukan :
Jenis (a), (b), (c)
Bergantung
pada anda
Cara nak balut :
Jenis (a)
- Pastikan bakul itu berada di dasar hadiah dan kuat untuk tampung hadiah yang lain.
- Letakkan botol air (tiang) di tengah-tengah atas/dalam bakul.
- Susun hadiah yang lain ikut kreativiti. Tips, hadiah yang disusun perlu mengikut saiz. Hadiah yang bersaiz besar dan berat di bahagian bawah dan kecil dan ringan di bahagian atas.
- Lekatkan semua hadiah itu dengan menggunakan seletip.
- Bentangkan 2 gulung wrapper plastik dan gabungkan kedua-dua wrapper guna seletip.
- Letakkan hadiah yang dah dibina di tengah-tengah wrapper dan balutkan hingga menjadi seperti bentuk hamper.
- Balutkan hadiah menggunakan seletip kemudian letakkan riben sebagai hiasan.
Jenis (b)
- Pastikan bakul itu kuat untuk tampung hadiah yang lain.
- Isi hadiah ke dalam bakul ikut kesesuaian dan kreativiti.
- Isikan ruang kosong guna filler kertas bagi elakkan hadiah lari dari kedudukan.
- Lekatkan semua hadiah itu dengan menggunakan seletip jika diperlukan.
- Bentangkan wrapper kain.
- Letakkan hadiah yang dah dibina di tengah-tengah wrapper dan balutkan hingga menjadi seperti bentuk hamper yang diinginkan.
- Balutkan hadiah menggunakan seletip kemudian letakkan riben sebagai hiasan.
Jenis (c)
- Pastikan bakul itu kuat untuk tampung hadiah yang lain.
- Isi hadiah ke dalam bakul ikut kesesuaian dan kreativiti.
- Isikan ruang kosong guna filler kertas bagi elakkan hadiah lari dari kedudukan.
- Lekatkan semua hadiah itu dengan menggunakan seletip jika diperlukan.
- Letakkan riben sebagai hiasan.
Anda
boleh lihat video cara untuk buat bentuk riben yang menarik dengan tekan link di
bawah.
No comments:
Post a Comment