Monday, December 2, 2019

JENIS BEG YANG SESUAI MENGIKUT SITUASI


Beg merupakan barang penting terutamanya bagi seorang wanita. Ianya bagaikan aksesori bagi wanita. Wanita selalu membawa barang bersama mereka. Contohnya macam, duit, lipstik, payung, sebatang pen, gula-gula, minyak wangi, dan macam-macam lagi. Jadi, hari ni, saya nak kongsi jenis-jenis beg yang ada yang mana sesuai dipakai mengikut keadaan atau suasana atau situasi.

Beg Tangan

Ada pelbagai jenis beg tangan wanita kat dunia ni. Lihat gambar di bawah.


Pilihan beg untuk digayakan perlulah bersesuaian dengan keadaan. Sebagai contoh, bagi majlis rasmi, diwajarkan memakai beg jenis clutch atau minaudiere. Sekiranya ingin ke suatu tempat untuk berhibur di kawasan berdekatan dengan rumah, digalakkan menggunakan beg yang terdapat tali yang panjang (cross-body) atau backpack mini. Jika ke majlis perayaan atau majlis kahwin, pakailah beg yang kecil saiznya serta bertali tetapi nampak formal.

Beg hiking

Seperti yang kita tahu, bagi manusia yang minat mendaki, sudah tentu ada beg yang tersendiri. Hal ini kerana beg biasa kurang menitikberatkan soal kesihatan (tulang belakang). Beg hiking direka cipta khas untuk manusia yang minat mendaki bagi mengurangkan sakit belakang ketika mendaki atau mengembara.





Luggage bag

Luggage bag amat sesuai sekiranya terdapat banyak barang yang perlu dibawa ke suatu tempat yang jauh kerana isipadunya yang banyak. Terdapat dua jenis luggage beg mengikut keperluan.
(a)

Beg jenis (a) amat sesuai digunakan sekiranya seseorang itu perlu pergi ke luar negara atas urusan kerja atau melancong. Hal ini kerana ianya mudah dibawa kerana terdapat roda padanya. Beg ini sudah tentu mahal kerana bahan yang digunakan berkualiti serta kos untuk membuatnya juga tinggi. Beg jenis ini selalunya digunakan oleh orang korporat kerana ianya lebih formal serta tampak berkarisma. Namun, kita sebagai pengguna, buatlah pilihan yang bijak ketika hendak membelinya. Belilah ikut keperluan dan kehendak.
(b)



Beg jenis (b) pula sesuai digunakan sekiranya seseorang itu perlu pergi ke suatu tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Beg jenis ini selalunya digunakan oleh para lelaki kerana ianya lebih mudah dan murah. Malah lebih praktikal bagi mereka.








Beg sekolah

Beg sekolah terdapat 2 jenis.

(a)

(b)


Beg sekolah biasa (a) sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang membawa buku ke sekolah. Sebagai contoh, bagi pelajar sekolah menengah mahupun universiti. Bagi beg sekolah beroda pula (b) sesuai digunakan oleh pelajar yang membawa banyak buku ke sekolah terutamanya pelajar darjah satu. Sebab banyak buku teks-buku teks yang perlu dibawa. Akan tetapi, kos untuk membelinya adalah tinggi. Namun, terdapat juga sekolah yang menyediakan loker kepada pelajar bagi menyimpan buku mereka di sekolah. Oleh itu, ibu bapa hanya perlu membeli beg sekolah biasa di mana ianya lebih praktikal.

Namun kini, peniaga-peniaga telah membuat inovasi beg sekolah. Di mana, mereka telah mereka cipta beg sekolah yang menggabungkan beg sekolah biasa dengan beroda. Jujurnya, ia memang mahal, namun ianya akan berbaloi jika pengguna dapat menggunakan beg tersebut dengan bijak. Contohnya, pada hari sekolah yang memerlukan buku yang banyak, wajarlah membawa beg sekolah beroda dan sebaliknya.
  
Tote bag

Jenis beg ini sering diguna pakai oleh remaja zaman kini terutamanya pelajar universiti kini kerana ianya lebih mudah didapati, harga yang berpatutan serta terdapat pelbagai gaya dan corak mengikut cita rasa masing-masing.

Bukan hanya pelajar universiti, namun pelajar sekolah juga sering menggunakan beg jenis ini ketika ke kelas tambahan. Ada juga yang menjadikannya sebagai beg tangan.

No comments:

Post a Comment