Tuesday, December 17, 2019

CARA NAK BUAT BOUQUET


Bouquet selalunya untuk musim grad dan romantik moment. Tapi harga untuk sejambak bunga memang tinggi. So, apa kata kalau korang buat sendiri. Lagi jimat dan korang boleh tunjukkan kerativiti korang. Ada pelbagai jenis bouquet ni. Selalunya untuk bunga, tapi zaman sekarang ada yang guna coklat, make up dan lain-lain. Bergantung pada orang yang anda ingin bagi.


                                             (a)


                                              (b) 


Bahan Yang Diperlukan :

Jenis (a)
  • Wrapper (plastik atau kertas yang tebal)
  • Ribbon
  • Cutter yang berkualiti (untuk trim bunga)
  • Gunting
  • Seletip
  • Jarum peniti (Jika diperlukan)
  • Kayu sate (untuk makanan)


Jenis (b)
  • Kotak
  • Span (untuk bunga) atau filler dan span (untuk makanan)
  • Ribbon
  • Wrapper (plastik atau kertas yang bersaiz kecil)
  • Seletip
  • Gunting



Hadiah :
Bunga atau coklat atau kedua-duanya (bergantung pada apa yang anda mahukan)

Tips:
Untuk jenis bunga, pastikan ada 2 jenis iaitu bunga besar dan kecil (sebagai fillers).

Cara Buat :

Jenis (a)

Untuk bunga
  1. Susun bunga anda ikut kreativiti. Anda boleh susun ikut sama tingi atau secara 'layer'ing.
  2. Kekalkan kedudukan bunga anda dengan menggunakan seletip
  3. Balutkan bunga anda dengan wrapper disekelilingnya.
  4. Kemaskan bahagian pemegang bouquet bunga.
  5. Ketatkan menggunakan seletip kemudian balutkan dengan ribbon.
  6. Anda boleh menggunakan jarum peniti untuk kemaskan ribbon anda.


Untuk coklat
  1. Lekatkan coklat pada kayu sate menggunakan seletip.
  2. Susun coklat anda ikut kreativiti. Anda boleh susun ikut sama tingi atau secara 'layer'ing. Untuk kelihatan menarik, gunakan bunga kecil sebagai fillers.
  3. Kekalkan kedudukan coklat dan fillers anda dengan menggunakan seletip
  4. Balutkan coklat dan fillers anda dengan wrapper disekelilingnya.
  5. Kemaskan bahagian pemegang bouquet coklat.
  6. Ketatkan menggunakan seletip kemudian balutkan dengan ribbon.



Jenis (b)

Untuk bunga
  1. Bentangkan wrapper kertas ke dalam kotak dan dibiarkan keluar sedikit dari kotak. Digalakkan menggunakan double sided tape untuk pastikan wrapper tidak bergerak.
  2. Letakkan span yang mengikut bentuk kotak ke dalam kotak.
  3. Cucuk bunga anda ke dalam span dan susun ikut kreativiti.
  4. Isikan ruang kosong yang ada menggunakan bunga kecil bagi nampak menarik.      
  5. Lilitkan riben dikeliling kotak untuk tampak lebih menarik. 

Untuk coklat
  1. Lekatkan coklat pada kayu sate menggunakan seletip.
  2. Bentangkan wrapper kertas ke dalam kotak dan dibiarkan keluar sedikit dari kotak. Digalakkan menggunakan double sided tape untuk pastikan wrapper tidak bergerak.
  3. Letakkan span yang mengikut bentuk kotak ke dalam kotak.
  4. Cucuk coklat anda ke dalam span dan susun ikut kreativiti.
  5. Isikan ruang kosong yang ada menggunakan bunga kecil bagi nampak menarik.
  6. Boleh tambahkan  belon dengan cucuknya ke dalam span.                                     
  7. Lilitkan riben dikeliling kotak untuk tampak lebih menarik.



Anda juga digalakkan untuk selitkan kad ucapan kecil pada bouquet tersebut dengan ucapan yang ringkas tetapi menarik.

No comments:

Post a Comment