Tuesday, December 17, 2019

CARA NAK BUAT BOUQUET


Bouquet selalunya untuk musim grad dan romantik moment. Tapi harga untuk sejambak bunga memang tinggi. So, apa kata kalau korang buat sendiri. Lagi jimat dan korang boleh tunjukkan kerativiti korang. Ada pelbagai jenis bouquet ni. Selalunya untuk bunga, tapi zaman sekarang ada yang guna coklat, make up dan lain-lain. Bergantung pada orang yang anda ingin bagi.


                                             (a)


                                              (b) 


Bahan Yang Diperlukan :

Jenis (a)
  • Wrapper (plastik atau kertas yang tebal)
  • Ribbon
  • Cutter yang berkualiti (untuk trim bunga)
  • Gunting
  • Seletip
  • Jarum peniti (Jika diperlukan)
  • Kayu sate (untuk makanan)


Jenis (b)
  • Kotak
  • Span (untuk bunga) atau filler dan span (untuk makanan)
  • Ribbon
  • Wrapper (plastik atau kertas yang bersaiz kecil)
  • Seletip
  • Gunting



Hadiah :
Bunga atau coklat atau kedua-duanya (bergantung pada apa yang anda mahukan)

Tips:
Untuk jenis bunga, pastikan ada 2 jenis iaitu bunga besar dan kecil (sebagai fillers).

Cara Buat :

Jenis (a)

Untuk bunga
  1. Susun bunga anda ikut kreativiti. Anda boleh susun ikut sama tingi atau secara 'layer'ing.
  2. Kekalkan kedudukan bunga anda dengan menggunakan seletip
  3. Balutkan bunga anda dengan wrapper disekelilingnya.
  4. Kemaskan bahagian pemegang bouquet bunga.
  5. Ketatkan menggunakan seletip kemudian balutkan dengan ribbon.
  6. Anda boleh menggunakan jarum peniti untuk kemaskan ribbon anda.


Untuk coklat
  1. Lekatkan coklat pada kayu sate menggunakan seletip.
  2. Susun coklat anda ikut kreativiti. Anda boleh susun ikut sama tingi atau secara 'layer'ing. Untuk kelihatan menarik, gunakan bunga kecil sebagai fillers.
  3. Kekalkan kedudukan coklat dan fillers anda dengan menggunakan seletip
  4. Balutkan coklat dan fillers anda dengan wrapper disekelilingnya.
  5. Kemaskan bahagian pemegang bouquet coklat.
  6. Ketatkan menggunakan seletip kemudian balutkan dengan ribbon.



Jenis (b)

Untuk bunga
  1. Bentangkan wrapper kertas ke dalam kotak dan dibiarkan keluar sedikit dari kotak. Digalakkan menggunakan double sided tape untuk pastikan wrapper tidak bergerak.
  2. Letakkan span yang mengikut bentuk kotak ke dalam kotak.
  3. Cucuk bunga anda ke dalam span dan susun ikut kreativiti.
  4. Isikan ruang kosong yang ada menggunakan bunga kecil bagi nampak menarik.      
  5. Lilitkan riben dikeliling kotak untuk tampak lebih menarik. 

Untuk coklat
  1. Lekatkan coklat pada kayu sate menggunakan seletip.
  2. Bentangkan wrapper kertas ke dalam kotak dan dibiarkan keluar sedikit dari kotak. Digalakkan menggunakan double sided tape untuk pastikan wrapper tidak bergerak.
  3. Letakkan span yang mengikut bentuk kotak ke dalam kotak.
  4. Cucuk coklat anda ke dalam span dan susun ikut kreativiti.
  5. Isikan ruang kosong yang ada menggunakan bunga kecil bagi nampak menarik.
  6. Boleh tambahkan  belon dengan cucuknya ke dalam span.                                     
  7. Lilitkan riben dikeliling kotak untuk tampak lebih menarik.



Anda juga digalakkan untuk selitkan kad ucapan kecil pada bouquet tersebut dengan ucapan yang ringkas tetapi menarik.

CARA NAK BUAT HAMPER


Hamper merupakan sebuah hadiah yang diwakili oleh beberapa barang (selalunya makanan) yang dibalut menggunakan plastik lut sinar. Hadiah jenis ni selalunya untuk cabutan bertuah dan untuk aktiviti yang melibatkan ramai orang. Korang boleh buat sendiri sebab lagi murah jika dibandingkan dengan yang dah siap yang boleh didapatkan di kedai. Ada banyak jenis hamper sebenarnya.

(a)
(b)
(c)




Bahan Dan Alatan Asas Yang Diperlukan :

Jenis (a)
  • Bakul atau tin biskut (untuk dasar yang stabil)
  • Tin susu atau botol air (untuk tiang yang kukuhkan hamper)
  • Wrapper plastik yang clear atau corak (2 gulung)
  • Ribbon
  • Seletip (biasa dan double tape)
  • Gunting


Jenis (b)
  • Bakul atau kotak (untuk dasar yang stabil)
  • Wrapper kain (berapa meter diperlukan bergantung pada berapa besar hamper dimahukan)
  • Filler kertas
  • Ribbon
  • Seletip (biasa dan double tape)
  • Gunting


Jenis (c)
  • Bakul atau kotak (untuk dasar yang stabil)
  • Filler kertas
  • Ribbon
  • Seletip (biasa dan double tape)
  • Gunting



Hadiah Yang Diperlukan :                        

Jenis (a), (b), (c)
Bergantung pada anda

Cara nak balut :

Jenis (a)
  1. Pastikan bakul itu berada di dasar hadiah dan kuat untuk tampung hadiah yang lain.
  2. Letakkan botol air (tiang) di tengah-tengah atas/dalam bakul.
  3. Susun hadiah yang lain ikut kreativiti. Tips, hadiah yang disusun perlu mengikut saiz. Hadiah yang bersaiz besar dan berat di bahagian bawah dan kecil dan ringan di bahagian atas.
  4. Lekatkan semua hadiah itu dengan menggunakan seletip.
  5. Bentangkan 2 gulung wrapper plastik dan gabungkan kedua-dua wrapper guna seletip.
  6. Letakkan hadiah yang dah dibina di tengah-tengah wrapper dan balutkan hingga menjadi seperti bentuk hamper.
  7. Balutkan hadiah menggunakan seletip kemudian letakkan riben sebagai hiasan.


Jenis (b)
  1. Pastikan bakul itu kuat untuk tampung hadiah yang lain.
  2. Isi hadiah ke dalam bakul ikut kesesuaian dan kreativiti.
  3. Isikan ruang kosong guna filler kertas bagi elakkan hadiah lari dari kedudukan.
  4. Lekatkan semua hadiah itu dengan menggunakan seletip jika diperlukan.
  5. Bentangkan wrapper kain.
  6. Letakkan hadiah yang dah dibina di tengah-tengah wrapper dan balutkan hingga menjadi seperti bentuk hamper yang diinginkan.
  7. Balutkan hadiah menggunakan seletip kemudian letakkan riben sebagai hiasan.


Jenis (c)
  1. Pastikan bakul itu kuat untuk tampung hadiah yang lain.
  2. Isi hadiah ke dalam bakul ikut kesesuaian dan kreativiti.
  3. Isikan ruang kosong guna filler kertas bagi elakkan hadiah lari dari kedudukan.
  4. Lekatkan semua hadiah itu dengan menggunakan seletip jika diperlukan.
  5. Letakkan riben sebagai hiasan.



Anda boleh lihat video cara untuk buat bentuk riben yang menarik dengan tekan link di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=-_R_et3YDsA

Tuesday, December 3, 2019

JENIS-JENIS BEDAK ASAS


Bedak asas (foundation) digunakan untuk sekatakan warna kulit. Namun, foundation terdiri daripada pelbagai jenis yang sesuai dengan jenis kulit kita. Dalam hal ini, kita akan menitik beratkan soal jenis kulit normal, berminyak, kering serta kombinasi. Bagi kulit jenis sensitif, anda hanya perlu memastikan formula yang terdapat dalam foundation tersebut sesuai dengan kulit muka anda. Di sini, terdapat 5 jenis foundation di pasaran.

Liquid foundation

Liquid foundation amat sesuai dengan semua jenis kulit muka iaitu, normal, kering, berminyak dan kombinasi. Malah, foundation jenis ini amat mudah di dapati di pasaran di mana ia disediakan dalam bentuk pump kebanyakannya. Dengan menggunakan foundation jenis ini, kita boleh menghasilkan 3 jenis hasil foundation iaitu dewy, matte dan satin.
  




 

  • Dewy finish kelihatan seperti kulit kita memiliki kelembahan yang banyak tapi tidak kelihatan berminyak.
  • Matte finish pula menghasilkan kulit yang jenis kering tapi masih memiliki kelembapan.
  • Satin finish bagaikan kain satin, iaitu licin serta berseri. Ianya bagaikan kulit muka yang sihat, natural serta tidak kering atau berminyak. Ianya di perantaraan.



Cream foundation

Foundation jenis ini pula amat sesuai bagi kulit muka jenis kering atau normal. Hal ini kerana teksturnya yang tebal, memberikan impak yang bagus kepada kulit jenis kering di mana ia membantu menambahkan kelembapan kulit yang menjadikan kulit tampak lebih segar dan bermaya. Selalunya, foundation jenis ini memiliki coverage yang tinggi. Foundation jenis ini selalunya terletak di dalam jar, compact atau pump.

Stick foundation

Stick foundation amat sesuai diguna pakai oleh seseorang yang memiliki kulit jenis berminyak. Hal ini kerana, tekstur stick tersebut akan mencair ke dalam kulit yang disebabkan oleh minyak muka dan menghasilkan kulit muka yang cantik. Sekiranya dipakai oleh seseorang yang memiliki kulit muka jenis kering, ianya akan menghasilkan garisan halus di muka serta kelihatan patchy. Cara menggunakan produk ini adalah dengan memberikan sedikit suhu yang suam ke atas product bagi memudahkan aplikasi di muka serta menjadikannya kelihatan smooth. Malah, bedak asas jenis ini 'sweat and heat resistant'.


Powder foundation

Powder foundation merupakan sahabat baik bagi kulit muka jenis berminyak kerana ia membantu menyerap minyak di muka. Bagi kulit muka jenis lain, anda jug boleh memakainya, tapi berbeza kuantiti serta cari formula yang sesuai dengan kulit muka. Jika tidak, ia akan menghasilkan garisan-garisan halus di muka. Terdapat 2 jenis powder foundation.


(a)
(b)

Bagi jenis (a), ia merupakan bedak asas jenis tabur dan (b) ialah jenis pressed-powder.
Bagi jenis (a), selalunya ia digunakan bagi mengesetkan foundation jenis liquid. Bagi jenis (b), selalunya di bawa ke mana-mana untuk touch-up.

Mousse foundation


Foundation jenis ini pula amat sesuai bagi amat sesuai bagi kulit jenis berminyak kerana ianya lebih ringan. Teksturnya yang bagaikan krim putar menghasilkan kulit yang sihat tapi kurang berminyak.

Monday, December 2, 2019

JENIS BEG YANG SESUAI MENGIKUT SITUASI


Beg merupakan barang penting terutamanya bagi seorang wanita. Ianya bagaikan aksesori bagi wanita. Wanita selalu membawa barang bersama mereka. Contohnya macam, duit, lipstik, payung, sebatang pen, gula-gula, minyak wangi, dan macam-macam lagi. Jadi, hari ni, saya nak kongsi jenis-jenis beg yang ada yang mana sesuai dipakai mengikut keadaan atau suasana atau situasi.

Beg Tangan

Ada pelbagai jenis beg tangan wanita kat dunia ni. Lihat gambar di bawah.


Pilihan beg untuk digayakan perlulah bersesuaian dengan keadaan. Sebagai contoh, bagi majlis rasmi, diwajarkan memakai beg jenis clutch atau minaudiere. Sekiranya ingin ke suatu tempat untuk berhibur di kawasan berdekatan dengan rumah, digalakkan menggunakan beg yang terdapat tali yang panjang (cross-body) atau backpack mini. Jika ke majlis perayaan atau majlis kahwin, pakailah beg yang kecil saiznya serta bertali tetapi nampak formal.

Beg hiking

Seperti yang kita tahu, bagi manusia yang minat mendaki, sudah tentu ada beg yang tersendiri. Hal ini kerana beg biasa kurang menitikberatkan soal kesihatan (tulang belakang). Beg hiking direka cipta khas untuk manusia yang minat mendaki bagi mengurangkan sakit belakang ketika mendaki atau mengembara.





Luggage bag

Luggage bag amat sesuai sekiranya terdapat banyak barang yang perlu dibawa ke suatu tempat yang jauh kerana isipadunya yang banyak. Terdapat dua jenis luggage beg mengikut keperluan.
(a)

Beg jenis (a) amat sesuai digunakan sekiranya seseorang itu perlu pergi ke luar negara atas urusan kerja atau melancong. Hal ini kerana ianya mudah dibawa kerana terdapat roda padanya. Beg ini sudah tentu mahal kerana bahan yang digunakan berkualiti serta kos untuk membuatnya juga tinggi. Beg jenis ini selalunya digunakan oleh orang korporat kerana ianya lebih formal serta tampak berkarisma. Namun, kita sebagai pengguna, buatlah pilihan yang bijak ketika hendak membelinya. Belilah ikut keperluan dan kehendak.
(b)



Beg jenis (b) pula sesuai digunakan sekiranya seseorang itu perlu pergi ke suatu tempat yang jauh dalam masa yang singkat. Beg jenis ini selalunya digunakan oleh para lelaki kerana ianya lebih mudah dan murah. Malah lebih praktikal bagi mereka.








Beg sekolah

Beg sekolah terdapat 2 jenis.

(a)

(b)


Beg sekolah biasa (a) sesuai digunakan bagi pelajar yang kurang membawa buku ke sekolah. Sebagai contoh, bagi pelajar sekolah menengah mahupun universiti. Bagi beg sekolah beroda pula (b) sesuai digunakan oleh pelajar yang membawa banyak buku ke sekolah terutamanya pelajar darjah satu. Sebab banyak buku teks-buku teks yang perlu dibawa. Akan tetapi, kos untuk membelinya adalah tinggi. Namun, terdapat juga sekolah yang menyediakan loker kepada pelajar bagi menyimpan buku mereka di sekolah. Oleh itu, ibu bapa hanya perlu membeli beg sekolah biasa di mana ianya lebih praktikal.

Namun kini, peniaga-peniaga telah membuat inovasi beg sekolah. Di mana, mereka telah mereka cipta beg sekolah yang menggabungkan beg sekolah biasa dengan beroda. Jujurnya, ia memang mahal, namun ianya akan berbaloi jika pengguna dapat menggunakan beg tersebut dengan bijak. Contohnya, pada hari sekolah yang memerlukan buku yang banyak, wajarlah membawa beg sekolah beroda dan sebaliknya.
  
Tote bag

Jenis beg ini sering diguna pakai oleh remaja zaman kini terutamanya pelajar universiti kini kerana ianya lebih mudah didapati, harga yang berpatutan serta terdapat pelbagai gaya dan corak mengikut cita rasa masing-masing.

Bukan hanya pelajar universiti, namun pelajar sekolah juga sering menggunakan beg jenis ini ketika ke kelas tambahan. Ada juga yang menjadikannya sebagai beg tangan.

Friday, November 22, 2019

EYELINER YANG SESUAI DENGAN MATA

Ramai orang lukis eyeliner ikut influencer yang ada kat media sosial. Tapi korang tahu tak yang eyeliner sepatutnya lukis ikut kesesuaian bentuk mata kita sendiri. Ada yang mata sepet, mata bulat, dan lain- lain. Gambar di bawah menunjukkan purata bentuk mata  manusia.




Mata orang asia kebanyakannya kecil dan 'double-eyelid' kurang. Bagi orang barat, 'double-eyelid' mereka jauh lebih besar. Dalam perihal melukis eyeliner, kita perlu tahu bentuk eyeliner manakah yang sesuai dengan mata kita. Bukannya itu sahaja, kita juga perlu tahu bagaimana cara untuk melukis eyeliner terutamanya pada orang yang mula menjinakkan diri dalam dunia solekan.



Rajah di atas menunjukkan contoh bentuk eyeliner yang sesuai mengikut bentuk mata. Namun, pemilihan jenis eyeliner juga mempengaruhi lukisan yang dihasilkan. Terdapat pelbagai jenis produk mengenai eyeliner.


Gel Eyeliner                                                     




     Menghasilkan gaya smookey
     Mudah di blend
     Hasil matte



Liquid Eyeliner

Ink liner
Pen liner
            


               Terdapat 2 jenis iaitu pen liner dan ink liner. 
               Mudah digunakan seharian
               Lebih praktikal dibawa ke mana-mana
               Mudah menghasilkan 'cat eyes'








Kajal Eyeliner

 


         Mudah digunakan kerana teksturnya yang creamy
         Praktikal dibawa ke mana-mana
         Hasil matte







Pencil Eyeliner




         
           Hasil yang lebih natural

           Mudah didapati di mana-mana
           Hasil matte